Sunday, January 3, 2016

Sayu lihat Najib sujud di Hijir Ismail - Asyraf Wajdi


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah selepas mengadakan siri pertemuan rasmi dan tidak rasmi dengan pemimpin Arab Saudi dalam kunjungan tiga hari ke situ.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang turut mengiringi perdana menteri memaklukan perkara tersebut dalam laman facebooknya hari ini.

"Alhamdulillah baru selesai menunaikan tawaf dan saie umrah bersama2 YAB Perdana Menteri, isteri dan rombongan setelah sepanjang hari dipenuhi dengan siri2 pertemuan rasmi dan tidak rasmi.

"Sayu melihat Datuk Seri Najib sujud seraya berdoa dengan kadar yang agak lama di dalam kawasan Hijir Ismail setelah selesai tawaf sebentar tadi.

"Moga Allah sentiasa kurniakan kepada beliau petunjuk dan hidayah serta kekuatan dan ketabahan untuk memimpin rakyat dan negara ke arah kecemerlangan dan paling utama yang diredhai oleh Allah jua," katanya.

Dalam lawatan rasminya itu, Najib turut mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-