Tuesday, January 19, 2016

Selepas selesai kes, Nasruddin dan Guan Eng cabar-mencabar

Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan kembali mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sehari selepas kes saman fitnah mereka selesai di luar mahkamah. Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Januari, 2016.

Sehari selepas kes saman fitnah mereka selesai di luar mahkamah, Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan kembali mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk menyamannya bagi membuktikannya bersalah dalam kenyataan sebelum ini.

Menerusi kenyataan bertajuk "Mereka saman saya, mereka mohon selesai" hari ini, Nasrudin mendakwa beliau tidak pernah bersalah dalam kes semalam, malah tidak pernah memohon maaf berhubung kenyataan bertajuk "Apa beza Kidex dan Penang Tunnel?" pada 6 Ogos 2014 yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang tidak mengamalkan tender terbuka.

Sebaliknya menurut Nasrudin, beliau hanya bersetuju membayar RM10,000 kepada peguam Lim selepas berulang kali dipujuk untuk tidak mempertahankan diri di mahkamah.

"Mereka saman saya, mereka yang mohon kes diselesaikan di luar mahkamah. Apabila dah selesai, spin (putar) pula seolah-olah saya bersalah.

"Kalau skripnya mahu mengatakan saya bersalah, selayaknya usah diusahakan sebarang rundingan di luar mahkamah. Teruskan perbicaraan sehingga akhir," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini juga, pegawai undang-undang kepada Lim berkata, mereka mempertimbang untuk menyaman Nasrudin berikutan kenyataan susulannya selepas penyelesaian kes saman mereka di luar mahkamah semalam.

Ia berhubung kenyataan Nasrudin bertajuk "Catatan dari Mahkamah Tinggi Georgetown - Kes diselesaikan di luar mahkamah" yang dikeluarkan sebaik sahaja penyelesaian di luar mahkamah dipersetujui Lim dan Nasrudin semalam.

"Sekiranya Nasrudin yakin artikel itu bukan fitnah terhadap Lim Guan Eng, mengapa pula terdapatnya persetujuan beliau untuk menyuarakan kekesalan dan membayar kos kepada ketua menteri? Fikirkanlah siapa sebenarnya yang berdusta.

"Susulan daripada penjelasan di atas dan sekiranya masih ada putar-belit dalam mana-mana laporan media berhubung dengan penyelesaian damai tersebut, Lim Guan Eng tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya," kata Raja Syarafina dalam kenyataannya. – 19 Januari, 2016.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-selesai-kes-nasrudin-dan-guan-eng-cabar-mencabar#sthash.5jYgIWOa.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-