Sunday, January 24, 2016

Umno, PAS perlu 'penyatuan niat' jayakan agenda, kata Nasharudin

Umno dan PAS perlukan penyatuan niat untuk menjayakan agenda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memupuk kesederhanaan melalui Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global, kata Nasharudin Mat Isa. Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Januari, 2016.

Umno dan PAS perlukan "penyatuan niat" untuk menjayakan agenda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memupuk kesederhanaan melalui Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), kata Nasharudin Mat Isa.

Ketua pegawai eksekutif GMMF itu berkata, 2 parti tersebut perlu duduk bersama bagi menjayakan agenda negara.

"Saya tidak katakan kedua-duanya (Umno dan PAS) perlu bergabung. Idea saya ialah pucuk kepimpinan 2 parti berkenaan duduk semeja membincangkan perkara sama.

"Kita duduk dan bekerjasama. Jangan tinggalkan usaha ini kepada parti politik semata-mata, malah mana-mana NGO (badan bukan kerajaan) yang mempunyai ruang juga perlu turut serta," katanya seperti dilaporkan BH Online hari ini.

Bekas timbalan presiden PAS itu mengakui, dengan kedudukannya kini, beliau mempunyai akses kepada kedua-dua parti itu walaupun tidak semestinya dapat memuaskan hati semua pihak.

Nasharudin yang mengendalikan GMMF sejak Oktober lalu berkata, ruang ketika ini membuka peluang baginya menemui lebih ramai pihak daripada pelbagai organisasi.

"Platform sebagai CEO di sini memberi saya ruang luas untuk menghampiri pelbagai agensi dan menemui pihak berkepentingan," katanya apabila ditanya sama ada beliau selesa dengan kedudukan sekarang.

"Perlu ditegaskan, saya bukan bekerja untuk Umno atau PAS.

"Saya akui, ada yang skeptikal dan sinis terhadap keupayaan saya, namun saya menerima jawatan ini kerana yakin dengan agenda berkaitan penyatuan," katanya.

PAS di bawah pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang semakin rapat dengan Umno selepas penentang kerjasama itu keluar parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah).

Hadi dan Najib juga sebelum ini duduk sepentas dalam sebuah program di Kuala Lumpur. – 24 Januari, 2016.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-pas-perlu-penyatuan-niat-jayakan-agenda-najib-kata-nasharudin#sthash.4iWQ0p0M.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-