Friday, February 19, 2016

1MDB ulangi -dakwaan WSJ tiada asas, tidak terbukti

1MDB hari ini mengulangi bahawa firma pelaburan negara itu tidak membayar apa-apa dana kepada akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut kenyataan 1MDB, dakwaan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa wang itu berasal daripadanya adalah tidak berasas dan tidak terbukti.

"Perkara ini telah diulangi oleh pelbagai pihak berkuasa, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Peguam Negara dan berbagai-bagai penerbitan antarabangsa bereputasi, mereka telah mengesahkan bahawa dana tersebut adalah dari Arab Saudi.

"Untuk mengatakan laporan mereka mengenai perkara ini tidak pernah dipersoalkan, ia bukan hanya tidak jujur malah pembohongan semata-mata," petik kenyataan akhbar itu.

Editor Kewangan WSJ, Ken Brown ketika dalam satu temu bual dengan rangkaian televisyen ABC News Australia pada 12 Februari lalu mendakwa ribuan juta ringgit yang berada di akaun bank peribadi perdana menteri adalah dari 1MDB.

Beliau juga menafikan dakwaan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa RM2.6 bilion dalam akaun Najib adalah sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Najib belum mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap WSJ sejak tuduhan yang pertama dibuat pada Julai tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-