Wednesday, February 24, 2016

40 tahun dalam politik, Najib pemimpin terbilang

Mohd Zaini

Walaupun dipalit dengan pelbagai isu, Najib tetap seorang pemimpin yang menjadi kebanggaan penduduk Pekan dan rakyat Pahang

COMMENT

Sejak lebih 43 tahun lalu, negara kita Malaysia telah diteraju oleh pemimpin daripada parti terbesar iaitu Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Menerusi parti yang majoriti menyertainya adalah orang Melayu, BN merupakan satu-satunya parti yang dilihat masih relevan untuk diberikan kepercayaan membentuk kerajaan di negara ini.

Sehingga ke hari ini, parti itu telah dirintis oleh enam orang pemimpin yang juga Perdana Menteri dengan yang terkini memegang tampuk pemerintahan adalah insan yang bernama Datuk Seri Najib Razak.

Tanggal 21 Feb 2016 lalu menjadi detik bersejarah kepada Najib kerana menandakan genap 40 tahun penglibatan anak sulung Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Rahah Muhammad Noah itu dalam arena politik.

Memulakan langkahnya pada tahun 1973, Najib mempunyai pengalaman luas dalam politik hingga beliau mampu menjadi pewaris bapanya sebagai seorang Perdana Menteri.

Sungguh banyak liku-liku kehidupan yang ditempuh oleh Najib untuk berada pada kedudukannya sekarang ini yang dikelilingi oleh kawan dan juga lawan.

Meskipun, dipalit pelbagai isu sejak kebelakangan ini yang antaranya berkait dengan syarikat pelaburan milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), isu derma RM2.6 bilion serta SRC International, namun, Najib dapat mengatasi segala tuduhan yang dihadapinya itu dengan tabah dan penafian mengenainya itu pula telah diumumkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Apa yang dihadapi oleh Najib itu sememangnya bukan satu perkara mudah dan kalau tidak mampu menahan sabar mungkin boleh jadi meroyan.


Penulis sangat kagum dengan kecekalan Najib dalam menempuh dugaan yang sangat pahit dan sikap ditunjukkan itu jelas membuktikan bahawa pada dirinya mengalir darah seorang pejuang keturunan Bugis.

Begitu banyak jasa Najib kepada negara ini yang dilakukan kerana sayangkan rakyatnya. Buktinya, mana pernah ada pemimpin negara sebelum ini yang memberikan duit poket kepada rakyatnya seperti dilakukan oleh Najib apabila memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Langkah yang dilakukan olehnya itu jelas menunjukkan bahawa beliau seorang yang sangat prihatin terhadap rakyat marhaen yang mengharapkan perhatian daripada pemimpinnya.

Najib juga seorang pemimpin yang bijak apabila dalam insiden pesawat MH17 milik syarikat penerbangan Malaysia Airlines yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai 2014 hingga mengorbankan 285 penumpang, beliau menjadi orang paling penting yang berperanan melembutkan hati pemimpin pemberontak untuk memulangkan mayat penumpang dan kotak hitam yang ditemui.

Kepintaran dan kebijaksanaan Najib itu dikagumi dunia apabila beliau menyempurnakan rundingan hanya menerusi telefon dengan ketua pemberontak pro Rusia yang menguasai wilayah Donetsk bagi menyelesaikan kemelut itu.

Perkara-perkara seperti itu boleh menjadi bukti kepada umum bahawa Najib bukanlah calang-calang pemimpin sebaliknya, beliau mempunyai karisma yang tinggi untuk menjadi seorang ulil-amri.

Memang sudah menjadi lumrah hidup di dunia, jika kita baik orang mahu ambil kesempatan terhadap diri kita dan yang paling dahsyat sekali bila apa pula yang mahu menjadi musuh dalam selimut mahu pemimpin itu digulingkan.

Buat pengkritik Najib, ingin penulis berpesan hentikanlah tohmahanmu yang sia-sia itu. Tidak ada gunanya lagi untuk kamu terus mencari kesalahan demi kesalahan sebagai usaha untuk menjatuhkan Najib.

Kehebatan Najib sepanjang 40 tahun dalam politik dan pentadbiran kerajaan menjadi kebanggaan rakyat Pahang dan diiktiraf oleh Tengku Mahkota negerinya, Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah menerusititahnya kelmarin.

Marilah kita sama-sama memberikan sokongan padu kepadanya agar beliau dapat memerintah negara ini dengan aman tanpa diganggu oleh perkara-perkara atau tuduhan tidak berasas.

Penulis berharap Najib akan memacu negara ini dengan lebih gemilang agar terus mendapat kepercayaan daripada rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-