Sunday, February 28, 2016

'Dacing jadi payung terjun' berjangkit ke Johor

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, Ahad – Logo dacing yang terdapat pada bendera parti Barisan Nasional (BN) diterbalikkan menjadi payung terjun di Johor selepas pengumuman tindakan menggantung Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jumaat lalu.

Berdasarkan gambar dan kenyataan yang dimuat naik di laman Facebok ‘Kelab Chedet’ semalam, menunjukkan dua keping gambar bendera BN yang digantung di papan tanda di dua negeri iaitu Kedah dan Johor.

Sekeping gambar bendera terbalik yang menunjukkan papan tanda Kompleks Penghulu Mukim Serkat, Kedah berlaku ketika penggulingan bekas Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ia dikatakan sebagai isyarat diluahkan oleh ahli parti yang menentang tindakan pemimpin tertinggi menyingkirkan Mukhriz daripada Menteri Besar.

Bagaimanapun, tindakan itu ‘berjangkit’ ke Johor apabila ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung oleh ahli Majlis Tertinggi UMNO ekoran kelantangannya mengkritik integriti Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak.

Gambar itu mendapat lebih seribu perkongsian oleh pelayar Facebook yang rata-ratanya menyokong tindakan protes menterbalikkan bendera BN itu.

Jumaat lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah digantung daripada jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO selepas ahli MT parti itu sebulat suara menyokong tindakan tersebut dikenakan ke atasnya.

Ia secara tidak langsung menyerahkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-