Monday, February 22, 2016

Gabungan Ketua Umno setuju sertai demo anti Najib

Shakira Buang Hari ini, 6:36 petang Hari ini, 7:07 malam
Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) akan bersama-sama pada perhimpunan yang dijadualkan 27 Mac ini bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur dari tampuk pemerintahan.

Sebaliknya, Presiden GKCM, Kamarulazman Habibur Rahman berkata beliau akan berbincang dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Muhyiddin untuk memujuknya menyertai perhimpunan itu.

“Kami (GKCM) akan bersama-sama (perhimpunan 27 Mac)," katanya.

Ditanya wartawan sama ada GKCM akan memujuk Muhyiddin yang juga adalah timbalan presiden Umno, beliau berkata perkara itu bergantung kepada keadaan.

"Belum dibincangkan, tapi saya rasa mungkin tidak. Tetapi, semuanya bergantung kepada keadaan dan objektif program tersebut,” kata Kamarulazman kepada Malaysiakini.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebelum ini dilapor menyarankan satu perhimpunan diadakan pada 27 Mac ini untuk mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam tulisan di blog, bekas ahli parlimen Umno itu berkata keadaan negara sekarang tidak boleh dibenarkan berterusan dan menggesa rakyat supaya berdiri teguh di belakang Tun Dr Mahathir Mohamad.

Zaid dipetik sebagai berkata sudah terlalu lama rakyat diselubungi ketakutan berikutan beberapa tindakan oleh Najib.

Zaid menuduh Najib melumpuhkan institusi awam dengan melantik hanya ‘pak turut’ menganggotai badan-badan seperti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Malah, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga dilaporkan bersetuju supaya semua parti politik mengketepikan perbezaan masing-masing dan berganding bahu untuk menumbangkan presiden Umno itu, dedah seorang ahli parlimen PAS.

Bercakap kepada Malaysiakini, Datuk Mahfuz Omar berkata, ini adalah antara keputusan dan isu-isu yang dibincangkan semasa pertemuannya selama sejam dengan bekas perdana menteri itu pagi ini.

Desakan agar Najib berundur sebelum ini dimulakan dengan 13 cawangan Umno dalam bahagian Teluk Kemang, Negeri Sembilan.

Ia diketua Kamarulazman yang juga ketua Cawangan Taman TKKdengan mendakwa pemimpin akar umbi beliau tidak berniat untuk menghukum presiden parti berhubung isu yang melanda negara ketika ini.

Sebaliknya, kata beliau, pengunduran Najib perlu bagi memastikan Umno tidak menjadi mangsa keadaan oleh pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-