Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Wednesday, February 10, 2016

Mahkamah putus hak penjagaan anak Deepa, Izwan

Perceraian dan hak penjagaan dalam perkahwinan sivil perlu diputuskan oleh mahkamah sivil dan pembatalan perkahwinan dan perintah sampingan berikutan pertukaran suatu pihak kepada Islam tidak boleh dibuat di Mahkamah Syariah.

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan memutuskan dalam kes S Deepa melawan N Viran @ Izwan Abdullah bahawa anak perempuan pasangan itu mahu kekal dengan ibu manakala anak lelaki pula kekal dengan bapa, selepas menemui kanak-kanak terbabit.

Berikutan itu, mahkamah tertinggi memerintahkan hak penjagaan anak perempuan pasangan itu (Sharmila) yang sedang menuntut di sebuah sekolah antarabangsa di Johor Bahru kepada ibunya.

Bagaimanapun, mahkamah tertinggi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang memberikan hak penjagaan anak lelaki pasangan itu (Nabil) kepada ibu mereka untuk bersama dengan bapa yang berada di Kuala Pilah.