Thursday, February 18, 2016

Malaysia, Bangladesh meterai perjanjian ambil 1.5 juta pekerja

Memorandum persefahaman (MoU) untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia secara rasmi dimeterai oleh kedua-dua negara, semalam.

Menurut laporan BDNews24.com, perjanjian itu - yang akan menyaksikan pekerja Bangladesh dibawa masuk berperingkat dalam tempoh tiga tahun akan datang - itu ditandatangani oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot dan Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh Nurul Islam.

MoU yang dimeterai di Dhaka, Bangladesh itu membuka jalan untuk satu sistem pengambilan pekerja baru menerusi skim Plus antara kerajaan dengan kerajaan (G2G).

Ini akan membolehkan pekerja Bangladesh bekerja di sektor pembinaan, perkhidmatan, pembuatan dan pertanian di samping sektor perladangan seperti sekarang.

Di bawah perjanjian baru, majikan akan menanggung levi berjumlah antara Tk34,000 (RM1,804) dan 37,000 (RM1,964) bagi setiap pekerja.

Buat masa ini, terdapat kira-kira 600,000 warga Bangladesh yang bekerja di negara ini.
Pengumuman mengambil masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh diumumkan pada bulan Jun tahun lalu oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sejak langkah itu diumumkan, pengkritik mempersoalkan keperluan negara mempunyai jumlah tambahan itu sedangkan terdapat sekumpulan besar pekerja asing tanpa izin di negara ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-