Friday, February 19, 2016

Minta Najib saman WSJ, kata Khairuddin kepada Salleh Keruak

Aedi Asri | February 19, 2016

Katanya, tindakan itu lebih baik berbanding terus omong kosong

PETALING JAYA: Cukuplah ‘bercakap kosong’ dan nasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar menyaman sahaja Wall Street Journal (WSJ), pesan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan itu berkata menasihati Najib adalah jauh lebih baik berbanding mengulas liputan WSJ tanpa sebarang tindakan susulan.

“Berita itu sudah tersebar ke seluruh dunia dan amat memalukan Najib dan negara kita. Jadi tunggu apa lagi?” soalnya dalam satu kenyataan, merujuk kenyataan Najib sebelum ini yang mengancam untuk menyaman akhbar itu atas siri laporannya berkaitan 1MDB.


Khairuddin berkata demikian mengulas kenyataan Salleh yang berkata WSJ memiliki agenda tertentu dalam liputannya keatas pentadbiran negara.

“Saya selaku rakyat Malaysia kecewa juga dengan pelbagai tuduhan yang dibuat WSJ ke atas Perdana Menteri, tetapi pada masa sama saya turut tertanya-tanya kenapa Najib masih tidak mahu saman akhbar itu?”

Justeru, Khairuddin menyarankan dua perkara kepada Salleh;

“Pertama, saya memohon agar Salleh mendesak Najib untuk mengambil tindakan saman malu secara segera ke atas WSJ demi menyelamatkan maruah Perdana Menteri dan negara Malaysia.

“Jika tidak mampu berbuat demikian, lebih baik dia duduk diam sahaja dan jangan campur urusan tersebut. Tolong jangan cakap kosong,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-