Monday, February 15, 2016

Mungkinkah ini menjadi salahsatu dari sebab kerajaan bersungguh-sungguh untuk menambah pekerja asing masuk ke Malaysia......?

Sebenarnya Wak tidak membantah langsung tentang niat kerajaan untuk menambah lebih ramai lagi pekerja asing di negara ini. Tetapi Wak peratikan ramai rakyat Malaysia menentang dan tidak bersetuju tentang cadangan kerajaan itu. Perkata ini boleh kita ketahuinya di laman2 sosial seperti di blog dan facebook.

Wak rasa rakyat kurang faham tentang niat baik kerajaan itu. Sepatutnya kerajaan memberi penjelasan yang lebih terperinci dan berhemat. Sebaliknya ada pehak dari kerajaan yang menyalahkan rakyat Malaysia dengan memberi gambaran bahawa rakyat Malaysia pemalas, tidak jujur dan memilik kerja.

Rakyat Malaysia juga dikatakan tidak sanggup bekerja di ladang dan disektor pembenaan, begitu juga dengan kerja2 kotor seperti cuci longkang dan menyapu sampah. Pada pandangan Wak perkara ni tidak benar sama sekali. Sebagai contoh, di bandar Teluk Intan ni boleh dikatakan 100% kerja-buruh seperti cuci longkang, angkat sampah dan lain2 kerja 'kotor' ni di buat oleh pekerja tempatan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-