Monday, February 15, 2016

Perlukah Tun Dr Mahathir ditangkap?

Kenyataan Annuar Musa tunjuk mereka ingin tangkap saya, kata Dr Mahathir
Published: 15 February 2016 12:55 PM

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau percaya Umno keluar amaran kepadanya apabila ketua penerangan baharu berkata, beliau boleh ditangkap kerana kritikannya terhadap Datuk Seri Najib Razak dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Februari, 2016.

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau percaya Umno mengeluarkan amaran kepadanya apabila ketua penerangan baharu berkata, beliau boleh ditangkap kerana kritikannya terhadap Datuk Seri Najib Razak dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Dalam posting terbaharu di blog popularnya chedet.cc, bekas perdana menteri itu berkata, ini jelas apabila Tan Sri Annuar Musa berkata kritikan berterusan dilakukannya sebagai usaha untuk ditangkap.

"Ketua penerangan baharu itu mencadangkan, saya lakukan ini kerana saya mahu ditangkap.

"Itu amaran yang jelas seperti keinginan untuk mereka menangkap saya," tulis Dr Mahathir dalam artikel bertajuk "Corruption in Malaysia".

Annuar pada 6 Februari lalu, sebagai tindak balas kepada salah satu posting blog Dr Mahathir mendakwa, bekas perdana menteri itu sengaja mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadapnya untuk meraih simpati.

"Saya terkejut apabila membaca kenyataan Dr Mahathir di blognya yang sangat jelas mengandungi kata-kata menghasut.

"Saya benar-benar tidak tahu apakah niat beliau yang sebenar. Apakah ini strategi politiknya untuk meraih simpati?

“Boleh jadi juga Dr Mahathir berpendapat beliau kebal dari tindakan undang-undang menyebabkannya bertindak membelakangkan undang-undang dalam usahanya menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” kata Annuar di laman Facebooknya.

Annuar juga memberi amaran pihak berkuasa masih perlu bertindak terhadap Dr Mahathir jika laporan polis dibuat terhadapnya.

Kegagalan untuk bertindak, katanya, akan membawa kepada pihak berkuasa dilihat sebagai pilih kasih.

Annuar dilaporkan berkata sesiapa sahaja yang mempunyai pengetahuan asas undang-undang Malaysia akan tahu posting blog Dr Mahathir pada 3 Februari, bertajuk "AG to AG" bersifat menghasut. – 15 Februari, 2016.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kenyataan-annuar-musa-tunjuk-mereka-ingin-tangkap-saya-kata-dr-mahathir#sthash.gCXVdx5L.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-