Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Thursday, February 11, 2016

Siapa bekas tokoh negara, anggota Kabinet sertai Pas?

OLEH HAMDAN OTHMAN
Takiyuddin Hassan
Siapa agaknya bekas tokoh negara dan bekas pemimpin yang menanggotai Kabinet yang akan menyertai Pas pada tempoh terdekat ini seperti yang dimaklumkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan semalam?

“Tunggulah bila tiba waktunya. Kita akan buat pengumuman juga nanti termasuklah penyertaan semula ahli-ahli Pas yang telah menyertai Parti Amanah Negara (PAN). Sebenarnya, kebanyakan ahli Pas yang menyertai PAN adalah disebabkan kekeliruan tetapi mereka ini akan kembali menyertai Pas secara berperingkat dalam tempoh enam bulan," katanya pada sidang akhbar di Kota Bharu.

Menjawab soalan Pengerusi PAN Selangor, Izham Hashim yang memaklumkan akan meletakkan calon PAN di semua kerusi yang dimenangi Pas baik Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), Takiyuddin berkata, pihaknya menyambut baik hasrat tersebut.

“Pas amatlah mengalu-alukan Pan untuk bertanding bagi mendapatkan kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi Pas selama ini. Sedikit pun kami tak risau jika PAN bercadang untuk bertanding malah kami yakin undi kami tidak akan terjejas malah mungkin akan bertambah,” katanya.

Jelas Takiyuddin, Pas tidak ada masalah untuk bertanding dengan mana-mana parti politik pada pilihan raya umum ke 14 nanti.

“Pas dah banyak pengalaman dan kami sentiasa bersedia untuk bertanding,” ujarnya.--MalaysiaGazette