Thursday, February 11, 2016

Tindakan terhadap PM- AG failkan bantahan awal

Hafiz Yatim Hari ini, 12:00 tengah hari Hari ini, 12:17 tengah hari
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan membuat bantahan awal kepada permohonan semakan kehakiman yang dibuat bekas Menteri Undang-Undang Datuk Zaid Ibrahim dan bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Permohonan itu bagi memaksa Apandi mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Najib Razak dalam isu derma RM2.6 bilion dan RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun bank peribadi perdana menteri itu.

Petunjuk kepada bantahan awal Apandi itu dibuat semasa pengurusan kes Khairuddin hari ini dan kes Zaid semalam oleh peguam kanan persekutuan yang masing-masing mewakili Apandi.

Peguam Hanif Khatri Abdulla yang mewakili Khairuddin dan Amarjit Singh yang mewakil Zaid berkata demikian kepada pemberita selepas pengurusan kes hari ini.

Hanif berkata kamar Peguam Negara tidak menyatakan alasan bagi bantahan awal tetapi Amarjit berkata beliau mengesyaki ia mengenai isu locus standi (kedudukan undang-undang) sama ada sebarang tindakan boleh diambil terhadap perdana menteri.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili Apandi dalam semakan kehakima difailkan Khairuddin sementara Kogila Magai mewakili peguam negara semalam dalam permohonan yang difailkan oleh Zaid.

Walaupun Timbalan Pendaftar Nor Hasniah Ab Razak menyatakan akan ada perbicaraan berasingan di hadapan Hakim Datuk Hanipah Farikullah, kedua-dua peguam menunjukkan mereka akan menulis untuk membenarkan permohonan mereka didengar bersama.

Dalam permohonan semakan kehakiman, kebenaran perlu diperolehi sebelum perbicaraan penuh permohonan itu.

Bagaimanapun, sebelum perbicaraan bermula, bantahan awal akan didengar oleh mahkamah terlebih dahulu.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-