Saturday, March 26, 2016

Aktivis DAP akui Lim Guan Eng sudah jadi liabiliti ?

 AIDCNEWS

AIDCNews – 25/3/16 –  Keputusan DAP Pulau Pinang mengadakan mesyuarat tergempar hari ini untuk membincangkan isu banglo di Jalan Pinhorn dan tanah di Taman Manggis boleh dibaca sebagai isu yang melanda Ketua Menteri Lim Guan Eng jika tidak ditangani dengan betul bakal memberi liabiliti kepada parti.

Apatah dengan tampilnya dua orang kuat Guan Eng bangkit membela bossnya itu.

Mereka adalah Ng Wei Aik, Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang dan Liew Chin Tong, Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan.

Ng dan Liew menganggap isu banglo dan tanah di Taman Manggis sebagai serangan Barisan Nasional (BN) untuk membunuh karier politik Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Namun, hujah yang dianggap sebagai menaglih isu itu dipatahkan oleh Pengarah Strategik Komunikasi BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

“Chin Tong, bukan BN yang memaksa Guan Eng supaya membeli hartanah tersebut (banglo) daripada wanita ini (Phang Li Koon) yang bossnya (Tang Yong Chew) adalah pemilik KLIDC (Kuala Lumpur International Dental Centre) itu.

“Dan bukan BN yang meminta Ambiga dan Majlis Peguam supaya mencadangkan Guan Eng berundur (daripada jawatan Ketua Menteri).

“Masa, penjualan dan harga banglo tidak ditentukan oleh BN. Jadi bagaimana YB Liew Chin Tong dan Ng Wei Aik boleh cuba untuk menyalahkan ia sebagai konspirasi BN untuk pilihan raya Sarawak?,” soal Abdul Rahman dalam Twitternya.

Menjawab kenyataan Ng yang mempertahankan Guan Eng tidak tahu tentang harga pasaran kerana beliau seorang akauntan dan bukannya penilai hartanah, Abdul Rahman berkata alasan itu juga boleh diguna pakai oleh bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.

“Menurut Ahli Parlimen Tanjong (Ng Wei Aik), Guan Eng adalah seorang akauntan, bukan seorang jurunilai.

“Saya mahu tanya Ahli Parlimen Tanjong, adakah Khir Toyo boleh kata beliau tidak tahu nilai rumah yang dibelinya hanya kerana beliau seorang doktor gigi?,”bidasnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-