Saturday, March 26, 2016

Apa nak jadi dengan orang tua ni? .......tak habis-habis lagi ke dendamnya dengan PM?

Dr M sedia jumpa Wan Azizah, bincang untuk singkir Najib

Zulaikha Zulkifli
Bekas perdana menteri selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau secara terbuka bersedia untuk bertemu dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun, beliau berkata, kesediaannya untuk bertemu Wan Azizah itu adalah bagi membincangkan tentang cara untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Belum ada (berjumpa dengan Wan Azizah). Kalau dia nak, boleh. Saya terbuka. Tujuan saya satu, untuk jatuhkan Najib.

"Hari ini perjuangan kita terhad kepada satu sahaja untuk menjatuhkan Najib. Untuk jatuhkan Najib, dengan sesiapa pun saya bekerjasama termasuk (Lim) Kit Siang," katanya dalam sidang media di Putrajaya.

Ditanya sama ada beliau bersedia untuk bertemu dengan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahathir hanya berkata:

"Itu kita tengoklah (nak berjumpa keluarga Anwar)," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-