Sunday, March 13, 2016

Dr Mahathir gila.......?

Dr Mahathir gila kerjasama dengan pembangkang, kata Ku Nan 
OLEH MUZLIZA MUSTAFA
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata, pembangkang terutamanya DAP mahu mengganggu-gugat keharmonian di negara ini.Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 13 Mac, 2016.

Tun Dr Mahathir Mohamad sudah "gila" menjalinkan kerjasama dengan pembangkang bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, kata Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, hari ini.

Setiausaha agung Umno itu berkata, pembangkang terutamanya DAP mahu mengganggu-gugat keharmonian di negara ini.

"Ketika beliau menjadi presiden parti beliau berkata beliau mendapat sokongan daripada orang ramai.

"Beliau mengajar kita untuk hormat kepada pemimpin. Apabila beliau meletakkan jawatan beliau berkata beliau akan menunjukkan sokongan kepada orang lain tetapi melihat kepada situasi sekarang beliau bekerjasama dengan pembangkang.

"Ini adalah gila," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Umno cawangan Wilayah Persekutuan, hari ini.

Tengku Adnan berkata, musuh lama Dr Mahathir, Lim Kit Siang bersedia untuk bekerjasama dengan perdana menteri paling lama berkhidmat itu untuk mencapai matlamat politiknya sendiri.

"Anda fikir (Lim) Kit Siang suka duduk bersebelahan dengan Dr Mahathir? Tidak. Dia hanya mahu menggunakan Dr Mahathir untuk mencapai matlamat politiknya. Inilah sebabnya mengapa Umno kecewa," kata Tengku Adnan.

"Apa yang sepatutnya Dr Mahathir lakukan adalah untuk kekal dalam Umno dan membincangkan perkara ini," kata Tengku Adnan.

Dr Mahathir, disokong sekutu politik dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) serta musuh lamanya, seperti DAP, Lim Kit Siang yang menandatangani Deklarasi Rakyat menuntut Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan pembaharuan institusi bagi mengembalikan integriti kepada badan kerajaan.

Kumpulan itu dilaporkan menyasarkan sejuta orang tandatangan dan juga akan menyertai perhimpunan pada 27 Mac sebagai sebahagian daripada siri jelajah Gerakan Selamatkan Malaysia untuk mendesak penyingkiran Najib.

Tengku Adnan berkata ia muncul kerana sekarang adalah musim pembohongan dan fitnah.

Beliau berkata pemimpin Umno cawangan perlu menjaga akar umbi dan memaklumkan mengenai perkembangan terbaharu dalam parti.

"Saya merayu kepada Wanita Umno. Kita perlu berjuang menepis persepsi negatif terhadap parti, terhadap kerajaan dan perdana menteri," katanya.

Tengku Adnan berkata 11 Mei ini, Umno akan menyambut ulang tahun ke-70 tahun penubuhannya.

"Parti ini sudah melalui banyak rintangan tetapi masih berdiri kukuh. Parti ini tidak pernah hilang. Tahniah kepada ahli-ahli yang berpegang kepada parti," katanya. – 13 Mac, 2016.

- See more at: http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-gila-kerjasama-dengan-pembangkang-kata-ku-nan#sthash.6kabBJHL.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-