Sunday, March 27, 2016

Dr Mahathir mohon Istana desak Najib berundur

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan dakwaan bahawa hubungan kerajaan-istana lebih baik di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbanding ketika beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

Malah, Dr Mahathir berkata, salah satu daripada rakan baik beliau ialah Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail.

Serangan yang dilapor dilakukan oleh Sultan terhadap jurulatih hoki pada tahun 1992 itu membawa kepada krisis perlembagaan, dengan kerajaan pimpinan Mahathir ketika itu melakukan usaha memansuhkan kekebalan -raja- raja.

Mahathir berkata beliau tetap mengganggap Almarhum sebagai rakannya sehingga ke akhir hayat baginda.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Kongres Rakyat di Shah Alam.

Terdahulu dalam ucapannya, Mahathir berkata beliau berharap pihak istana akan mendengar keluhan rakyat dan campur tangan dalam menggesa peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mengngatkan semula bagaimana raja-raja Melayu memboikot angkat sumpah Gabenor-Jeneral British dari Malayan Union berikutan bantahan oleh rakyat yang membawa kepada pemansuhan kesatuan itu.

Insiden 1992 tercetus semula minggu lalu selepas cucu Sultan Iskandar, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris mengingatkan bagaimana Istana dihina dalam tempoh itu dan mengingatkan kerajaan supaya tidak mengulangi perbuatan itu.

Kenyataan tengku mahkota Johor itu menimbulkan spekulasi dan isyarat bahawa istana kini menyokong Najib. Bagaimanapun apabila ditanya beliau berpihak di sebelah mana, Tunku Ismail berkata "Johor".

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-