Sunday, March 27, 2016

Guan Eng perlu atasi isu bukan alih perhatian rakyat - Khairy Jamaluddin

Guan Eng tidak sepatutnya menuding jari menyalahkan pihak lain setiap kali menghadapi masalah.
PERMATANG PAUH: Ketua Menteri, Lim Guan Eng diminta tidak mengalihkan isu berhubung pembelian banglonya di Jalan Pinhorn, George Town sebaliknya harus mengatasinya dengan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sebagai pemimpin, Lim tidak sepatutnya sentiasa menuding jari menyalahkan pihak lain setiap kali menghadapi masalah.

Tindakan Lim mengalihkan isu terbabit dengan menyerang pihak lain tidak akan menyelesaikan masalah, kata Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan.

“Saya sendiri tidak pernah mengalihkan isu dengan menyalahkan pihak-pihak lain khususnya DAP dan PKR dalam kes membabitkan pegawai di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang dipercayai menyelewangkan dana bernilai RM100 juta.

“Saya tampil menyatakan komitmen bagi menyelesaikan isu berkenaan dan bertanggungjawab dalam memastikan mereka yang bersalah diambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada,” katanya kepada selepas merasmikan Liga Anak Muda Permatang Pauh di sini, hari ini.

Jumaat lepas, Pengerusi DAP negeri Chow Koon Yeow berkata pembelian banglo Lim dan kaitannya dengan tanah Taman Manggis merupakan serangan peribadi semata-mata.

Sementara itu, Khairy berkata, pasukan petugas bebas audit yang ditubuhkan akan memulakan tugas mereka mulai esok bagi menjalankan kerja-kerja audit membabitkan penyelewengan dana sebanyak RM100 juta itu.

Pegawai yang disyaki terlibat dalam isu itu telah dikeluarkan daripada kementerian itu mengikut prosuder Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sementara siasatan dijalankan.

“Bagi mengelak masalah ini daripada berulang, prosedur yang dilihat lemah sehingga membolehkan penyelewengan dilakukan supaya diberi perhatian dan dimantapkan,” katanya.

-Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-