Thursday, March 31, 2016

Jurutera ditahan komen hina Najib

March 31, 2016 Berita Utama #2 0

BANGI, Khamis
– Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menahan seorang jurutera kerana memuat naik komen bersifat jelik dan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di laman Facebook, baru-baru ini.

SKMM dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook semalam berkata, jurutera berumur 26 tahun itu ditahan dalam operasi SKMM bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Berdasarkan aduan yang diterima, suspek telah memberikan komen sedemikian sebagai reaksi kepada artikel yang dimuat naik oleh sebuah portal berita liberal di laman Facebook portal itu pada 25 Mac 2016 lalu.

Dalam siasatan yang dijalankan, rakaman kenyataan suspek telah diambil di pejabat SKMM di Cyberjaya, Isnin lalu.

Telefon bimbit jenama Asus dan kad sim milik suspek juga disita untuk membantu siasatan.

SKMM akan memanggil beberapa lagi individu yang dikenal pasti dalam waktu terdekat untuk membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-