Wednesday, March 30, 2016

Kalau nak gegar saya, tunggu PRU - Najib

OLEH HAMDAN OTHMAN
Najib Razak
"Kalau nak gegar saya pun, tunggulah pilihan raya umum (PRU). Jangan cuba nak jatuhkan saya sebelum tiba pilihan raya.”

Itu tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBAKM) dan Kelab Waris PBAKM di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur petang tadi.

Kata Najib, orang yang cuba menjatuhkan dirinya yang langsung tidak berpegang kepada undang-undang dan perlembagaan negara.

"Dia tahu undang-undang dan perlembagaan tetapi dia lupa semuanya dan sanggup bekerjasama dengan golongan yang telah menggelarnya sebagai Mahafiraun, Mahazalim, Perompak dan macam-macam lagi.

"Saya tak cakap semua itu tetapi yang cakap adalah orang-orang yang sebelum ini menjadi musuh ketatnya tetapi hari ini jadi kawan paling baik," katanya.

Bercakap tentang anggota Kemas, kata Najib, jasa dan budi yang ditabur selama ini jelas penuh keikhlasan tanpa meminta itu dan ini.

"Memang selama ini mereka bekerja secara kontrak yang merupakan penggerak penting kepada masyarakat di luar bandar sejak ditubuhkan pada tahun 1961 lagi.

"Sebut sahaja Kemas, orang akan kaitkan dengan masayarakat luar bandar. Semua transformasi berkaitan minda di luar bandar adalah hasil usaha pemimpin-pemipin Kemas yang sangat jujur dan ikhlas," ujarnya sambil disambut tepukan gemuruh kira-kira 5,000 tetamu yang hadir.

Tambahnya, sesuatu yang paling mengharukan dirinya adalah kesetiaan pemimpin-pemimpin Kemas kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah berbelah bahagi.

"Saya yakin, biar banyak mana pun dugaan yang datang atau dibawa oleh mana-mana penghasut supaya menbenci saya dan kerajaan BN, semua anggota Kemas tidak akan berganjak daripada pendirian asal.

"Bacaan ikrar yang dilafazkan oleh anggota PBAKM sebentar tadi sudah cukup membuktikan bahawa mereka tidak semudah itu bleh dipengaruhi untuk menolak kepimpinan saya dan kerajaan," katanya. - MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-