Monday, March 28, 2016

Mahathir akui diktator tapi tidak seteruk Najib

Minderjeet Kaur | March 27, 2016

Beliau tidak berdepan dengan demonstrasi rakyat yang mendesaknya berundur seperti yang berlaku kepada Najib Razak.

VIDEO INSIDE


SHAH ALAM: “Ya saya pemimpin diktator, tetapi rakyat tidak berdemontrasi mendesak saya berundur seperti yang berlaku kepada Najib (Datuk Seri Najib Razak),” akui bekas Perdana Menteri yang memerintah negara ini selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Negarawan itu mengakui, biarpun beliau seorang pemimpin diktator, namun pemerintahannya adalah lebih baik berbanding Najib yang menghadapi tentangan rakyat kerana lemah memerintah negara sehingga didesak berundur.

Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri sejak 1981 menggantikan Tun Abdul Razak sebelum bersara pada 2003.

Bercakap kepada media selepas menghadiri Kongres Rakyat Gerakan Selamatkan Malaysia di sini, Dr Mahathir menjelaskan gerakan itu tidak menamakan siapa bakal Perdana Menteri kerana tujuan utama adalah menyingkirkan Najib.

Beliau berkata, UMNO yang mempunyai kerusi majoriti berkuasa melantik Perdana Menteri baharu tetapi tidak semesti memilih Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jika Najib berjaya disingkirkan.

Katanya, Najib perlu disingkirkan kerana beliau merupakan penghalang kepada reformasi pentadbiran dan sistem di negara ini.

Beliau berkata, Najib telah menyalahguna kuasanya untuk menghalang siasatan dana RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya dan skandal 1MDB.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-