Johor Baharu – Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin “bersepakat” dengan pembangkang dilihat oleh UMNO sebagai satu kesilapan amat besar, kata Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib, yang juga Perdana Menteri itu berkata tindakan kedua bekas pemimpin kanan UMNO itu turut mendatangkan kemarahan dan kekecewaan rata-rata pemimpin dan ahli UMNO.
“Saya tengok rata-rata di kalangan pemimpin UMNO, mereka sangat marah dan amat kecewa (dengan) tindakan Tun Dr Mahathir untuk sepakat dengan pembangkang.
“Malah sedutan ucapan Tun Dr Mahathir diviralkan, antaranya (pernah) menyelar Lim Kit Siang sebagai pemimpin rasis dan DAP chauvinis.
“(Selain itu), Tan Sri Muhyiddin dan Tun Mahathir (pernah) menyelar dan mengutuk Kit Siang dan DAP dengan jelas.
“Sebab itulah, pemimpin UMNO tidak boleh terima. Mereka tahu pendirian DAP selama ini, jadi apa yang dilakukan (adalah) satu kesilapan amat besar,” kata Najib kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai tindakan dua pemimpin itu yang “bersepakat” dengan pembangkang menandatangani ‘Deklarasi Rakyat’ Jumaat lepas.
Muhyiddin dan juga bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir adalah antara 50 orang yang menandatangani deklarasi itu yang menyokong penyingkiran Najib, diketuai Dr Mahathir, bekas perdana menteri.
Turut memberi sokongan adalah Penasihat DAP Kit Siang, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.
Ketika ditanya sama ada pemimpin UMNO yang terlibat boleh dikenakan tindakan, Najib berkata: “Terpulang kepada Majlis Tertinggi (MT) dan Jawatankuasa Disiplin.
“Kita, tiap seorang pemimpin di mana jua peringkat, tertakluk kepada perlembagaan dan disiplin parti,” kata Najib.
Ditanya adakah ia amaran terakhir untuk Muhyiddin, Najib berkata: “Biar MT putuskan. Kami percaya badan tertinggi ialah Majlis Tertinggi.”
Mengenai Badan Perhubungan UMNO Kedah yang mahukan Muhyiddin dan Mukhriz turut dikenakan tindakan, Najib berkata beliau tidak mahu membuat keputusan sendirian dan menyerahkan kepada MT.
“Serah pada MT. Saya tidak mahu buat keputusan sendirian. Kita amal tanggungjawab bersama,” kata Perdana Menteri.
Apapun, Najib berkata kerajaan akan terus menumpukan kepada pembangunan negara dan juga khidmat kepada rakyat.
“Bagi kami, tahap keyakinan bergantung pada pilihan raya.
“Buat ketika ini, kerajaan akan diteruskan kerana kita mempunyai mandat dan bilangan di Parlimen. Parti juga di belakang kerajaan,” katanya ketika ditanya sama ada beliau yakin rakyat masih di belakang UMNO.
Terdahulu, Najib dalam rangka lawatan kerja sehari di Johor Baharu, merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Galleria@Kotaraya. – Bernama
Read more http://www.kualalumpurpost.net/mahathir-muhyiddin-sepakat-dengan-pembangkang-kesilapan-amat-besar-najib/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Apr 21, 2024 9:02 PM Pengerusi PN Muhyiddin Yassin membidas Perdana Menteri Anwar Ibrahim selepas dia enggan ...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -19 Apr 2024, 12:14 PM Ismail Mohamed Said berkata beras, sardin dan tepung yang rosak itu dibeli untuk ...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -23 Apr 2024, 04:04 PM Wee Ka Siong berkata ahli MCA terguris dengan penghinaan pemimpin DAP. Presiden W...
-
bharian.com.my Oleh Dr Mohammad Tawfik Yaakub bhrencana@bh.com.my - April 21, 2024 @ 9:01am Foto hiasan. -Foto fail NSTP Politik Selangor ...
-
agendaily.com 22/04/24 Nga Kor Ming. UMNO digesa membantu calon yang akan diletak DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (D...
-
hmetro.com.my Raja Noraina Raja Rahim dan Muhaamad Hafis Nawawi am@hmetro.com.my HELIKOPTER terhempas ketika latihan di Pangkalan TLDM Lumut...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Apr 23, 2024 10:32 AM Pemuda MCA menggesa supaya keputusan dan hak mereka untuk tidak berkempen kepada DAP di...
-
freemalaysiatoday.com Shahrul Shahabudin -21 Apr 2024, 04:51 PM Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak boleh tergesa-gesa melaksanakan reform...
-
malaysiakini.com Shamz Johan, Isabelle Leong & Iqbal Harraz Diterbitkan: Apr 21, 2024 2:10 PM PKR sedang merangka langkah untuk menjadi ...
-
freemalaysiatoday.com Elill Easwaran -21 Apr 2024, 09:15 AM Azmi Hassan berkata PN ketika ini dilihat sebagai gabungan terbaik mewakili kepe...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.