Monday, March 28, 2016

Mahkamah Tinggi larang semua hadiri kes Anwar Ibrahim

Hafiz Yatim
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melarang seorang pemerhati asing dari Lawasia dan Kesatuan Antara Parlimen (IPU) serta penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, daripada menghadiri perbicaraan bagi mendengar permohonan bekas pemimpin pembangkang itu.

Seorang penterjemah di mahkamah Hakim Datuk Nor Bee Ariffin meletakkan notis di luar mahkamah pagi ini yang menyatakan bahawa hanya peguam dan pihak-pihak berkenaan dalam permohonan itu dibenarkan masuk ke mahkamah.

Lawasia dan wakil IPU Mark Trowell memohon minggu lalu untuk mendapatkan kebenaran supaya dibenarkan hadir pada perbicaraan itu.

Walaupun membuat permohonan rasmi, Trowell dilarang masuk.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa dirinya menghormati keputusan hakim untuk menjalankan perbicaraan di dalam kamar, tetapi adalah budi bicaranya untuk menerima seorang pemerhati antarabangsa, sama ada di dalam kamar atau jika menjalankan perbicaraan itu di mahkamah terbuka.

"Masyarakat antarabangsa masih berminat dan prihatin terhadap prosiding undang-undang mengenai Anwar Ibrahim," katanya

Anwar mewakili dirinya dalam permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Lembaga Pengampunan yang menolak permohonannya untuk mendapatkan pengampunan kerana disabitkan dengan kesalahan meliwat.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-