Tuesday, March 22, 2016

Muhyiddin ditawar jadi gabenor, pengerusi PNB

Alyaa Azhar
Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi berkata beliau mendapat dua tawaran sejurus sebelum dipecat daripada jawatannya sebagai timbalan perdana menteri.

Berucap di Kota Tinggi di Johor malam ini Muhyiddin berkata beliau ditawarkan menjadi Gabenor Pulau Pinang serta Pengerusi Permodanan Nasional Berhad (PNB) oleh pihak yang tidak dinamakannya.

Bagaimanapun Muhyiddin dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak.

Kata Muhyiddin kadang-kadang beliau berasa "agak bodoh" kerana tidak menerima tawaran berkenaan.

"Saya membayangkang bagaimana (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim) Guan Eng ada di depan saya, menyembah saya.

"Sesetengah pihak pula berkata saya patut mengambil RM1 bilion dan berdiam diri," katanya di depan kira-kira 1,500 hadirian.

Menjelaskan keadaan itu Ahli Parlimen Pagoh berkenaan memberitahu tidak dapat menerima tawaran yang diberikan kerana ia membabitkan soal maruah.

"Kalau saya terima maknanya saya makan dedak (boleh dibeli). Rakyat akan berkata Muhyiddin adalah orang nombor satu memakan makan dedak.

"Saya tak boleh menggadaikan prinsip perjuangan saya," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-