Friday, March 25, 2016

Murid tahun enam maut dipanah petir

ROSDALILAH ZAHARI
24 MAC 2016
Muhammad Udin Dulkafi
KAMPAR - Seorang murid tahun enam meninggal dunia akibat dipanah petir ketika bermain bola sepak berhampiran rumahnya di Taman Cahaya Kampar, petang tadi.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa, Muhammad Udin Dulkafi, 12, dipercayai sedang bermain bola sepak bersama empat rakannya di padang berkenaan ketika cuaca hujan dan guruh.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian cuaca baru mulai hujan.

Menurutnya, mangsa tiba-tiba rebah sejurus selepas satu dentuman guruh kedengaran di kawasan padang berkenaan.

"Kejadian itu disaksikan jiran berhampiran yang kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Kampar untuk mendapatkan rawatan.

"Namun mangsa disahkan meninggal dunia selepas doktor menjalankan pemeriksaan ke atasnya," katanya dalam satu kenyataan tadi.

Beliau berkata, jiran mangsa turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar.

Katanya, bedah siasat telah dijalankan ke atas mangsa di Unit Forensik hospital sama pada jam 9 malam tadi.

"Keputusan bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan kejutan elektrik oleh panahan kilat," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-