Tuesday, March 29, 2016

Negara luar memang iri hati terhadap kejayaan Malaysia....... mereka terus membuat fitnah

Editor: KuntaKinte Malaysia | Diterbitkan pada: 29 March 2016| Kategori: Utama | 5 Comments »

Four Corners State Of Liar: Pemabuk, Penipu, Orang Gila dan Nyanyuk (1)

Dua minggu selepas Linton Besser, wartawan stesen televisyen The Australian Broadcasting Commission (ABC) dihalau keluar dari Malaysia, mereka menerbitkan sebuah filem cereka pendek (short film) berjudul, “State of Fear: Murder and Money in Malaysia” (SFMMM).

Filem pendek ini mengisahkan pembunuhan dan rasuah yang berlegar di sekitar Perdana Menteri, Mohd Najib Razak, memaparkan antagonis yang boleh dianggap mental yang tidak stabil, penipu, pemabuk dan orang nyanyuk.

Filem pendek ini bermula dengan footage menunjukkan kebiadapan Linton Besser menerjah acara Perdana Menteri bersama rakyat hanya untuk bertanya mengenai akaun beliau yang sedang disiasat. Wartawan ini tidak menunggu sidang media tetapi menahan Perdana Menteri di tengah jalan seolah-olah mereka masih penjajah negara ini.

Linton Besser perlu sedar bahawa Najib Razak ialah Perdana Menteri bukan pemilik bar di Australia yang bersusur galurkan banduan England. Perdana Menteri Malaysia sentiasa terbuka kepada soalan dalam sidang media tapi bukan dengan cara menyergah beliau di tengah jalan.

Berbalik kepada SFMMM. Ia hanyalah sebuah filem cereka pendek bukannya dokumentari seperti yang digembar-gemburkan oleh Malaysiakini.com. Dokumentari harus mengandungi bukti dan analisis berdasarkan bukti. Dalam SFMMM ini semua tiada.

Sebaliknya, SFMMM hanyalah sebuah naratif politik yang menggabungkan sudut pandangan beberapa orang yang mempunyai agenda menentang Perdana Menteri dan digabungkan secara kreatif dengan isu-isu semasa seperti pembunuhan pendakwaraya Kevin Morais, pembunuhan bekas pengasas AmBank, jumlah wang dalam akaun peribadi Mohd Najib di Ambank dan pembunuhan Altantuya Sharibu.

Naratif ini kemudiannya disokong oleh watak-watak seperti:

1. Charles Morais yang mempunyai banyak hutang di Amerika Syarikat dan sanggup berkata apa sahaja demi duit.

2. Claire Brwon, pemilik Sarawak Reports yang dibayar berjuta ringgit oleh sebuah Yayasan di luar negara.

3. Mahathir Mohamad bekas Perdana Menteri yang hampir nyanyuk tapi masih mahu menjatuhkan Mohd Najib.

4. Zaid Ibrahim bekas penyokong Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi yang kemudian disingkirkan dari UMNO dan mendesak Yang Di Pertuan Agong agar tidak melantik Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Apabila diletakkan antagonis-antagonis seperti ini dalam cereka pendek tajaan ABC tentulah kita akan mendapat satu soap opera politik Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-