Saturday, March 12, 2016

PAS mahu pengganti Zeti bebas daripada Najib

FMT Reporters | March 12, 2016
Individu itu perlulah orang yang bebas politik serta berani menentang gangguan politik terhadap BNM.
PETALING JAYA: PAS menegaskan, Gabenor Bank Negara (BNM) yang baru mestilah individu yang tidak pernah berkhidmat di bawah Kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah itu perlu bagi mengelakkan integriti dan nama baik BNM daripada terjejas.

“Individu itu juga perlulah orang yang bebas politik serta berani menentang gangguan politik terhadap BNM,” kata beliau di akaun rasmi Facebooknya.

Tambah beliau, BNM sendiri dan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sudah semestinya tahu siapa yang lebih layak menerajui bank tersebut dari segi kelayakan, kepintaran, dan kebolehan.

Perkara itu lantaran pelbagai pengiktirafan yang pernah diterima Zeti walaupun ketika negara berdepan kemelut ekonomi kepartian.

Untuk itu, Tuan Ibrahim berkata, kerajaan perlu mendedahkan nama calon yang dikemukakan untuk memastikan kerajaan tidak bermain politik dalam hal berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-