Sunday, March 13, 2016

Petronas tidak 'goyang' tanpa Mahathir - Armand Azha

FMT Reporters | March 13, 2016

Kita juga yakin bahawa perjalanan Petronas mampu dipacu dengan baik bersandarkan rekod serta pemantauan Ahli Lembaga Pengarah syarikat negara itu yang yang sedia ada.
KUALA LUMPUR: Petronas tidak akan ‘goyang’ jika Tun Dr Mahathir Mohamad tiada, malah syarikat itu mampu dipacu dengan baik bersandarkan rekod perniagaan yang cemerlang selama ini.

Demikian kata Pengerusi Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO, Armand Azha Abu Hanifah mengulas keputusan kabinet untuk tidak meneruskan perkhidmatan Dr Mahathir sebagai Penasihat Petronas.

“Kita menyokong keputusan Kabinet untuk tidak meneruskan perkhidmatan Tun M sebagai Penasihat Petronas. Petronas tidak ‘goyang’ jika Tun M tiada.

“Kita juga yakin bahawa perjalanan Petronas mampu dipacu dengan baik bersandarkan rekod serta pemantauan Ahli Lembaga Pengarah syarikat negara itu yang yang sedia ada,” katanya, lapor Astro Awani di sini hari ini.

Armand Azha juga menggesa supaya Kerajaan menyemak dan melihat semula status penjawat jawatan penting di semua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

“Kerajaan perlu pastikan sama ada mereka masih mendukung hasrat dan aspirasi kerajaan sedia ada atau sebaliknya.

“Jika tindakan dan pendirian penjawat awam ini tidak selari lagi dengan Kerajaan Persekutuan maka kita minta agar kontrak mereka tidak disambung atau perkhidmatan ditamatkan serta merta,” jelasnya.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada berkata Dr Mahathir tidak wajar memegang jawatan yang mempunyai kaitan dengan kerajaan selepas tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada.

Keputusan dibuat susulan tindakan bekas perdana menteri itu melancarkan Deklarasi Rakyat bersama pemimpin pembangkang pada 4 Mac lalu.
Laporan yang sama turut mendedahkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah tidak berhasrat untuk menyandang jawatan penasihat Petronas.

Katanya, tiada peruntukan undang-undang menyatakan penasihat syarikat petroleum negara itu harus dilantik dalam kalangan bekas pemimpin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-