Sunday, March 6, 2016

Roti canai naik harga, lapor segera - KPDNKK

FMT Reporters

Kos bagi menghasilkan sekeping roti canai hanya dua sen.
LARUT: Pengusaha restoran tidak wajar menjadikan penarikan balik subsidi tepung gandum kegunaan am bagi pek 25 kilogram (kg) sebagai alasan untuk menaikkan harga makanan terutama roti canai.

Ini kerana, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin, kos bagi menghasilkan sekeping roti canai hanya dua sen.

“Kalau ada yang kata roti canai naik sebab tepung 25kg tak ada subsidi, sila buat laporan dan kita akan ambil tindakan terhadap mereka.

“Kita akan siasat bila restoran itu mula dibuka, kalau restoran itu dah bukavselama lima tahun, jadi kompaun mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 adalah sebanyak lima tahun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Dendang di sini hari ini.

Bermula 1 Mac lepas, kerajaan menarik balik subsidi tepung gandum kegunaan am bagi pek 25kg kerana kebanyakan isi rumah tidak membeli produk saiz berkenaan.

Harga subsidi tepung gandum untuk kegunaan am bagi pek sekilogram pula diteruskan dengan harga runcit kekal pada RM1.35 sekilogram.

Menurut Hamzah, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang aduan daripada pengguna berhubung kenaikan harga makanan selepas pengurangan subsidi tepung gandum.

“Kita akan memantau dari semasa ke semasa kerana tepung gandum antara bahan utama untuk membuat roti canai,” katanya.

-Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-