Tuesday, March 29, 2016

Sejauh mana kekuatan 'Pakatan Harapan' jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat yang sudah berkubur..........

Disini Wak membuat sedikit perbandingan tentang kekuatan 'Pakatan Harapan' dengan Pakatan Rakyat yang sudah berkubur.

Wak akui Pakatan Rakyat yang sudah berkubur tu memang kuat dan mampu menyayingi Barisan Nasional. Ketika itu banyak kubu2 kuat BN dapat ditembusi dan dirobohkan oleh Pakatan Rakyat.

Boleh juga dikatakan kekuatan Pakatan Rakyat itu sangat digeruni oleh parti lawannya terutamanya Umno. Malang nya hari ini Pakatan Rakyat yang kuat dan digeruni oleh musuhnya itu sudah berkubur.

Kini wujud pula pakatan baru yang dinamakan 'Pakatan Harapan'. Malangnya Pas terkeluar dari pakatan baru ini, digantikan dengan parti baru iaitu 'Amanah'.

Walaupun Pas tidak bersama Pakatan Harapan, parti itu masih nampak kukuh dan tidak ramai ahli2nya yang keluar dan masuk Amanah.

Kalau dulu Pas bersatu dalam Pakatan Rakyat kini Pas menjadi 'musuh' Pakatan Harapan pula. Perkara ini hanya akan dirasai apabila menghadapi PRU14 akan datang nanti. Ketika itu kita akan menyaksikan banyak kawasan bertanding 3 penjuru.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-