Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Thursday, March 31, 2016

Suami isteri direman kes dera gadis sampai mati

Suspek tiba di mahkamah dengan memakai pakaian lokap. - Foto Sinar Harian
JITRA - Seorang lelaki berusia 43 tahun dan isterinya, seorang doktor direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kematian gadis berusia 21 tahun yang dipercayai didera di Taman Gemilang, kelmarin.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret, Mohd Khairul Hafizuddin Ramli di Mahkamah Majistret Jitra.

Suspek yang juga merupakan ejen insurans tiba di mahkamah dengan memakai pakaian lokap, bersama isterinya yang berusia 28 tahun dilihat mendukung bayi lelaki berusia enam bulan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dera: Kesan cedera baru, lama pada wanita]

Kelmarin, seorang gadis berusia 21 tahun dilaporkan meninggal dunia dengan kesan lebam teruk pada muka dan seluruh badan dipercayai akibat didera kenalan lelakinya di sebuah rumah teres dua tingkat, yang turut dijadikan inap desa di Taman Gemilang.

Mangsa, Nurul Syahira Ishak dikatakan tidak sedarkan diri dalam sebuah bilik di rumah itu sebelum dikejarkan ke Hospital Jitra menggunakan ambulans pada 2.30 petang, namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.