Tuesday, March 1, 2016

Subsidi tepung gandum ditarik, harga roti canai bakal naik


BANGI, Selasa – Harga roti canai, capati, tose atau makanan yang berasaskan tepung gandum dijangka naik sedikit masa lagi selepas kerajaan menarik balik subsidi bagi tepung itu yang diisi di dalam guni 25 kilogram, berkuat kuasa hari ini.

The Star melaporkan pengilang dimaklumkan mengenai penarikan balik subsidi itu pada pertemuan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK), minggu lalu.

Pemborong juga dipercayai sudah menerima pekeliling mengenai semakan semula harga tepung di dalam guni 25 kilogram bagi Semenanjung Malaysia, termasuk jenama Blue Key, yang sekarang ini berharga RM42 tanpa subsidi.

Menurut laporan itu seorang pengusaha yang hanya dikenali sebagai Ng berkata, dia adalah antara wakil industri yang bertemu dengan pegawai kanan KPDNKK pada 24 Februari lalu.

“Harga tepung di dalam guni seberat 25 kilogram yang biasanya dibeli oleh peruncit seperti peniaga kedai kopi dan restoran mamak akan meningkat kepada RM33.75 hingga RM42,” katanya.

Bagaimanapun, kerajaan dilaporkan akan mengekalkan subsidi RM1.35 bagi tepung di dalam beg satu kilogram yang dijual secara runcit, termasuk jenama Blue Key dan Bunga Cempaka.

Ng berkata, mereka biasanya mendapat RM600 hingga RM800 subsidi bagi satu tan metrik tepung yang dikeluarkan sebulan atau 60 sen hingga 80 sen sekilogram.

Penarikan balik subsidi itu dijangka memberi kesan kepada peningkatan harga roti canai serta kueh-mueh khususnya yang berasaskan tepung gandum.

Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad, enggan mengulas mengenai perkara itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-