Thursday, March 17, 2016

Usul untuk keluarkan potret PM di Universiti Nottingham tewas

Usul menggesa potret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikeluarkan dari dinding alma mater di Universiti Nottingham di UK, tewas dengan majoriti yang besar.

Usul itu dibentangkan di mesyuarat tahunan Persatuan Pelajar Malaysia Nottingham pada hari Rabu.

Difahamkan perbahasan mengenai usul itu berpusat di sekitar kesannya ke atas pelajar tajaan kerajaan sekrang dan akan datang di Universiti Nottingham.

Usul itu adalah untuk mendesak persatuan itu melobi pihak universiti supaya mengeluarkan potret tersebut ekoran dakwaan rasuah terhadap perdana menteri.

Cassandra Chung, yang mengemukakan usul itu berkata, mungkin insiden itu menjadi satu langkah kecil dalam mengubah keseluruhan landskap aktivisme di kalangan rakyat Malaysia di UK dan Eire.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-