Sunday, April 24, 2016

Azmin ketepi keputusan PKR, benarkan 3 penjuru?

Kow Gah Chie
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali didakwa membenarkan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian mengeluarkan surat pelantikan kepada calon-calon daripada lima kerusi berbalah, dakwa sumber parti.

Ia bertentangan keputusan Majlis Presiden, yang hanya membenarkan 35 calon untuk bertanding pada pilihan raya negeri 7 Mei depan.

Ini mungkin menyaksikan pertandingan tiga penjuru di lima kerusi Dewan Undangan Negeri -Tasik Biru, Mambong, Simanggang, Bukit Semuja dan Mulu - iaitu di kawasan DAP turut meletakkan calon.

"Azmin beri gambaran kepada PKR negeri bahawa dia boleh mendesak di peringkat pusat untuk membolehkan pertandingan tiga penjuru dengan DAP di Sarawak," kata sumber itu.

Beliau kemudian mendakwa Azmin dan Naib Presiden parti Tian Chua menghasut PKR Sarawak untuk mengambil pendirian tegas dengan alasan ini akan memaksa parti itu mengadakan rundingan semula dengan DAP.

Bagaimanapun, Azmin sendiri memeterai perjanjian itu dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada 7 April, kata sumber itu dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

"Dan dia menandatanganinya," kata sumber itu yang turut memberikanMalaysiakini dokumen yang didakwa ditandatangani Azmin.

Menurut dokumen itu, Azmin "bersetuju pada dasarnya" bertanding lapan kerusi termasuk kerusi berbalah, yang diberikan kepada DAP.

Ia adalah Senadin, Mulu, Tasik Biru, Simanggang, Mambong, Bukit Semuja, Ngemah dan Murum.

Lima kerusi - Batu Kitang, Marudi, Machan, Layar, Belaga - telah diberikan kepada PKR.

Sumber itu mendakwa Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak pernah terlibat dalam rundingan kerusi seperti yang didakwa.

"PKR Sarawak telah dikelirukan untuk mempercayai bahawa DAP memperdaya parti itu dan Wan Azizah berada di bawah tekanan," tegasnya.

"Orang-orang yang mengadakan rundingan itu Azmin, Naib Presiden Tian Chua dan Baru sendiri," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-