Monday, April 25, 2016

Dun Samariang : PAS mungkin menang tanpa bertanding

WAN NOORDIN WAN YAACOB

PETRAJAYA: Perkembangan menarik di proses Penamaan Calon di Dewan Undangan Negeri Samariang pagi ini apabila kelayakan Calon BN dan PAN, Nani Sahari menghadapi inquiry.

Masa penerimaan telah tamat jam 10.00 pagi.

Calon PAN dan BN di Dun Samariang mempunyai kemugkinan ditolak pencalonannya berikutan ada aduan/inkuiri berkaitan dengan kelayakan menjadi calon.

Difahamkan calon PAN Nani Sahari berkemungkinan ditolak pencalonan kerana penyata perbelanjaan pilihan raya semasa beliau bertanding di Dun Tanjung Datu sebelum ini tidak lengkap menurut aturan undang undang pilihan raya.

Manakala kami difahamkan calon BN Sharifah Hasidah pula berkemungkinan ditolak pencalonan kerana dikatakan memegang jawatan bergaji di beberapa syarikat dan institusi.

Jika aduan dan inkuiri ini diterima oleh SPR, ini bermakna secara automatik calon PAS Ustaz Yusof Assiddiq Ahmad Sharkawi akan menang tanpa bertanding. – HARAKAHDAILY 25/4/2016

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-