Friday, April 15, 2016

Harussani: Tindakan Ramasamy sangat biadab

SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
Harussani
SHAH ALAM - Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy yang seharusnya dikeluarkan dari negara ini berikutan kebiadabannya menghina penceramah terkenal dunia, Dr Zakir Naik.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, gelaran ‘satan’ yang diberikan Ramasamy terhadap Zakir menunjukkan beliau tidak menghormati Perlembagaan negara yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi.

“Bagi saya, tindakan Ramasamy itu sangat biadab. Sebagai seorang ahli politik dan pemimpin, Ramasamy sepatutnya memahami Perlembagaan.

“Kalau dia tak faham Perlembagaan, maka dia patut dikeluarkan dari negara ini,” katanya, semalam.

Mengulas lanjut, Harussani berkata, permohonan maaf Ramasamy itu tidak mencukupi kerana beliau memohon maaf atas penggunaan perkataan 'satan' sahaja.

“Tindakan Ramasamy itu bukan menghina Zakir saja, tetapi turut menghina Islam secara keseluruhannya. Malah, permohonan maaf itu seolah-olah bukan dari hatinya.

“Di India sendiri, Zakir tiada halangan mengadakan ceramah. Jadi kenapa ada individu seperti Ramasamy yang mahu larang kedatangan Zakir ke sini?,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-