Saturday, April 16, 2016

Johor, titik permulaan kebangkitan rakyat - Salahuddin Ayub

Mohamad Fadli

Kebaranian pemimpin dan pemerintah seperti Sultan Johor, TMJ dan Muhyiddin mampu mengubah negara daripada terus rosak.
MUAR:  Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub percaya keberanian yang ditonjolkan oleh beberapa pemimpin dan pemerintah di Johor bakal menjadi kunci untuk rakyat bangkit menentang pemimpin yang korup.

Beliau berkata demikian selepas memuji sikap berani bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam menyuarakan pandangan demi kebaikan rakyat.

Katanya sikap seperti itu yang diperlukan rakyat bagi menyelamatkan negara daripada terus rosak.

“Saya yakin Johor adalah permulaanya kerana kita ada Muhyiddin Yassin yang berani menyuarakan pandangan terutama dalam isu 1MDB berbanding pemimpin UMNO lain yang memilih untuk makan ‘dedak’.

“Kita juga ada Tengku Mahkota Johor (TMJ) yang berani menyuarakan pandangan berhubung kemerosotan sukan bola sepak negara. Kita juga ada Sultan Johor yang berjiwa rakyat mewujudkan pelbagai bantuan bagi membantu rakyat yang susah di Johor,” katanya.

Salahuddin berkata demikian ketika berucap dalam program ‘Pidato Selamatkan Malaysia” di Muar Trades Hotel, Muar, Johor.

Dalam pada itu, Salahuddin turut memuji cadangan Sultan Johor kepada kerajaan negeri agar dapat menubuhkan sebuah bank dengan nama ‘Bank of Johor’.

Katanya, cadangan seperti itu sememangnya perlu bagi meringkan beban yang ditanggung rakyat.

“Kita sokong Sultan Johor, TMJ, Muhyiddin. Johor destinasi kemenangan rakyat. Saya yakin Johor boleh menjadi permulaan untuk rakyat bangkit dan menyuarakan pandangan mereka dengan adanya pemimpin dan pemerintah yang berani di negeri itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-