Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Saturday, April 16, 2016

Misteri kehilangan bekas petinju tomoi terjawab

by ANA GHOIB
TUMPAT – Misteri kehilangan bekas petinju tomoi sejak seminggu lalu terjawab apabila dia ditemui mati di Pantai Sri Tujoh, kira-kira jam 7 malam tadi.

Mayat tersebut dipercayai Wan Jaafar Wan Ahmad, 66, berdasarkan pengecaman keluarganya terhadap pakaian yang dipakai mangsa.‎

Lokasi mayat ditemui di dalam semak pokok rhu, kira-kira satu kilometer dari lagun tapak gerai peniaga Pantai Sri Tujoh.

Kehilangan mangsa genap seminggu dan kali terakhir di lihat sekitar Info Galeri Tengku Anis, Pulau Tengkorak jaraknya lima kilometer dari Pantai Sri Tujoh.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Zaharudin Rasip mengesahkan penemuan mayat tersebut.

“Mayat dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat,” katanya. – Sinar Harian Online