Friday, April 15, 2016

Muhyiddin antara jemaah kabinet luluskan 1MDB, kata Puad

Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin diingatkan beliau seharusnya menyedari urusan 1MDB kerana dirinya adalah sebahagian daripada bekas anggota jemaah menteri dan tidak sepatutnya membuat tuduhan sekarang.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohd Puad Zarkashi dalam kenyataan hari ini mempersoalkan mengapa Muhyiddin membisu pada masa lalu tetapi kini berkata penubuhan 1MDB adalah tidak perlu.

“Muhyiddin mungkin terlupa bahawa dia merupakan anggota Jemaah Menteri yang meluluskan penubuhan 1MDB pada tahun 2009 dan jaminan kerajaan untuk pinjaman Islamic Medium Term Notes sehingga RM5 bilion pada 1 April 2009.
“Muhyiddin juga lupa dia juga merupakan antara anggota Dewan Rakyat yang meluluskan peranan 1MDB bagi menarik pelaburan asing dari Timur Tengah, China dan India seperti yang dibentangkan dalam ucapan Bajet Tahun 2010 pada 23 Oktober 2009.

“Amat menghairankan apabila tiba-tiba sahaja Muhyiddin mempunyai 17 hujah mengenai 1MDB sedangkan sebelum ini, dia sering mendakwa tidak tahu, tiada maklumat, tidak pernah diberi taklimat dan dia tidak faham mengenai 1MDB melainkan selepas membaca The Edge dan pelbagai alasan lagi,” katanya.

Puad yang juga adalah ketua pengarah, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) menyindir sama ada 17 hujah itu ditulis oleh penulis ucapan Muhyiddin yang juga menyerupai dengan soalan lazim yang dikemukakan oleh ahli parlimen DAP, Tony Pua,

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-