Saturday, April 23, 2016

PAS sudah bersedia hadapi PRN Sarawak

FMT Reporters

Kesemua 11 calon parti itu telah diberikan watikah untuk bertanding.
KUCHING: PAS kini bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak ke-11, apabila selesai mengadakan mesyuarat akhir Jawatankuasa Induk (JKI) dan menyerahkan watikah kepada sebelas calonnya semalam.

“Mesyuarat dipengerusikan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan dihadiri Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, Bendahari PAS Mohd Noor Mohamad dan Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee.

“Segala perkara berkaitan telah diselesaikan. InsyaAllah PAS bersedia untuk memasuki medan pilihanraya,” kata Setiausaha PAS Sarawak Mukhtar Suhaili dalam satu kenyataan.

BN Sarawak memuktamadkan kesemua 82 calon dan penyerahan watikah lebih awal, iaitu pada 18 April lalu.

AMANAH pula mengumumkan senarai lengkap 13 calonnya ketika majlis pelancaran jentera pilihanraya semalam.

DAP juga mengumumkan senarai 29 calonnya sehari sebelumnya, dan mungkin akan meletakkan calon di DUN Bukit Goram, berikutan pengunduran Larry Sng yang juga meletakkan jawatan sebagai Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP).

PKR pula hanya mengumumkan 35 calonnya semalam. Parti itu sebelum ini dikatakan bakal bertanding di 40 DUN, namun calon bagi lima lagi DUN belum diputuskan ekoran parti itu masih dalam perbincangan, bagi mengelak pertembungan dengan DAP dan AMANAH.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-