Sunday, April 10, 2016

Pekerja PROPEL maut dilanggar kereta peronda polis kejar penjenayah

by ANA GHOIB2016-04-10
MUAR – Seorang pekerja syarikat Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (Propel) maut setelah dilanggar oleh sebuah kereta peronda polis yang mengejar sebuah kereta di Kilometer 141, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Pagoh semalam.

Utusan Online melaporkan, kereta peronda terbabit tidak sempat mengelak mangsa yang berada di lorong kecemasan ketika kejadian kira-kira 4.30 petang itu.

Mangsa, Ismail Nor, 35 disahkan maut di Hospital Pakar Sultanah Fatimah pada pukul 6.45 petang akibat kecederaan yang serius di kepala dan badan.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, kereta peronda jenis Proton Inspira itu sedang mengejar sebuah kereta lain yang disyaki terbabit dalam satu kejadian jenayah.

“Anggota bertugas mengekori kenderaan itu yang mula dikesan di Kilometer 169, arah Selatan dan sudah mengarahkan suspek supaya berhenti, tetapi mereka terus memecut kenderaan berkenaan.

“Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, kereta itu bertindak masuk ke lorong kecemasan sebelum tiba-tiba bertukar ke lorong kiri sehingga menyebabkan kereta peronda tidak sempat mengelak mangsa,” katanya menurut laporan.

Pihak polis turut membantu urusan pengebumian mangsa termasuk mengiringi proses penghantaran jenazah ke kampung halaman di Pasir Puteh, Kelantan.

“Jenazah tiba kira-kira pukul 12 tengah hari tadi untuk dikebumikan,” katanya yang turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-