Sunday, April 10, 2016

PERKASA umum sokong PAS ganti UMNO perjuang hak melayu

by ANA GHOIB
KUALA LUMPUR :  Kumpulan pendesak Melayu dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengumumkan sokongan secara terbuka kepada PAS menggantikan UMNO bagi menjaga kepentingan dan hak Melayu serta Bumiputera di negara ini.

Presidennya, Ibrahim Ali berkata PAS telah membuktikan kesediaan mereka mepertahankan kedaulatan bahasa Melayu, berbeza dengan UMNO yang didakwa gagal menjaga hak Melayu dalam isu biasiswa dan tanah rizab.

“Kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang gagal. Sudah gagal dalam segala-galanya, gagal mementingkan citarasa majoriti penduduk, kaum bumiputera khususnya Melayu Muslim.

“Kita secara jelas menolak kerajaan yang ada pada hari ini. Saya yakin masa depan orang Melayu Bumiputera bukan lagi pada UMNO tetapi PAS,” kata beliau dalam demonstrasi anti-Pengajaran Dwi Bahasa (DLP) di Padang Taman Tasik Tititwangsa hari ini.

Ini merupakan himpunan anti-DLP kedua selepas himpunan pertama pada 26 Mac lalu.

Antara penceramah yang turut menyertai demonstrasi hari ini adalah Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad, Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan bekas Timbalan Pengarah Pelajaran, Datuk Rauf Hussin.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menyalahkan kerajaan kerana mempermainkan masa depan pelajar sekolah kerana kerap menukar polisi.

Justeru, beliau mempersoalkan jikalau pertukaran polisi itu adalah salah satu cara sesetengah pihak dalam kerajaan menjana “fulus” (wang) untuk kepentingan diri.

“Pelajar bukan bahan eksperimen. Kerajaan tidak patut jadikan pelajar mengikut sesuatu yang tidak pasti sama ada akan membawa perubahan yang baik.

Manakala kekurangan dari segi peserta himpunan dikatakan berpunca daripada keputusan mengubah lokasi demonstrasi pada saat akhir dari lokasi asal di Dataran Merdeka ekoran tempat itu digunakan untuk acara yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Setiap Kali Menteri baru naik, tukar polisi tukar dasar. Apa nak jadi kalau begini?,” soal beliau. – FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-