Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Sunday, April 3, 2016

Shamsul Iskandar pula dihalang ke Sarawak

Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin adalah pemimpin pembangkang terbaru yang dihalang daripada memasuki Sarawak menjelang pilihan raya negeri itu.

Shamsul, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dengan pesawat Malindo Air penerbangan OD1622 yang berlepas dari KLIA pada jam 5.50 petang berkata, beliau ditahan sebaik sahaja mendarat.

"Nama pegawai yang menahan saya adalah Andrew.

“Andrew maklumkan saya tidak dibenarkan masuk ke Sarawak sebab arahan atasan,” katanya dalam akaun Twitter.

Shamsul dijangka akan dihantar pulang lewat malam ini.

Beliau adalah antara beberapa pemimpin pembangkang dan aktivis yang disekat daripada memasuki negeri itu.

Selain Shamsul, naib-naib presiden PKR yang dihalang adalah Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan Rafizi Ramli.

Turut tidak dibenarkan ke Sarawak adalah Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Subang R Sivarasa.

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Tony Pua dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok juga pernah dihantar pulang sebaik menjejaki bumi Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem telah mengumumkan bahawa Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan pada 11 April ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan.

[Baca berita penuh]