Thursday, April 14, 2016

'Tandatangan tanpa baca, ini PM kita,' kata Tun M

RAZIATUL HANUM A.RAJAK
14 APRIL 2016
Mahathir berucap pada Forum Laporan PAC 1MDB : Najib - Bersubahat atau Tidak Bersalah?, di sini, hari ini.

SHAH ALAM -  Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan sebelum ini di mana beliau menandatangani dokumen 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa mengetahui kandungannya.

"Tandatangan (dokumen) tapi tidak tahu apa-apa. Macm mana orang macam ini boleh jadi perdana menteri?," katanya pada Forum Laporan PAC 1MDB : Najib - Bersubahat atau Tidak Bersalah?, di sini, hari ini.

Sebelum ini, persoalan dibangkitkan sama ada Najib tetap tidak bersalah walaupun menandatangani dokumen berkaitan 1MDB.

Terdapat laporan menyatakan bahawa Najib selaku penasihat 1MDB menyedari dan turut menandatangani kerjasama antara syarikat tersebut dengan Petro Saudi bernilai RM3.92 bilion (AS$ 1 bilion).

Namun, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menandatangani dokumen berkaitan 1MDB sebagai amalan biasa memandangkan beliau adalah penasihat firma pelaburan negara itu.

Dalam pada itu, Tun Mahathir berkata, berasaskan sikap kurang cerdik berkenaan, beliau menasihatkan agar pemimpin nombor satu negara itu meletakkan jawatan.

"Tandatangan dokumen tanpa baca, lebih baik letak jawatan sekarang. Ini perdana menteri tandatangan tapi tak baca. Agaknya cek pun beliau tandatangan tanpa baca. Ini perdana menteri kita.

"Orang begini tidak layak jadi PM, tiada pendirian," katanya.

Sebelum ini, ‎bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi ketika memberi keterangan kepada PAC berkata, Najib menandatangani dokumen jadi bermakna beliau sedar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-