Wednesday, April 13, 2016

Zakir Naik: Terima kasih kerajaan

Dr Zakir Naik
BESUT - Pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi kebenaran kepada beliau menyampaikan ceramah di Melaka Ahad ini.

Beliau menyatakan rasa syukur walaupun tajuk ceramah ditukar dan menganggap ia cabaran biasa sebagai pendakwah. Pada awalnya beliau dijadual menyampaikan ceramah bertajuk 'Persamaan Antara Hinduisme dan Islam' kemudian ditukar kepada 'Women's Right In Islam'.

"Dengan apa yang berlaku ini, saya dapat rasakan jumlah kehadiran di Melaka akan bertambah," katanya selepas menyampaikan ceramah bertajuk 'Does God Exist?' (Adakah ALLAH Wujud?) di Sekolah Menengah Imtiaz Besut malam tadi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Para pengkritik harus teliti forum Dr Zakir]

Dr Zakir ditanya mengenai arahan pembatalan ceramah di Melaka sebelum ini selepas mendapat bantahan Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf), tetapi kemudian dibenarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Apa yang saya percaya, jika saya dapat menyatukan umat Islam walaupun kecil, saya bersyukur kepada ALLAH dan berdoa semoga Allah memberkati usaha dakwah saya ini," katanya.

Ceramah pada malam tadi dihadiri kira-kira 30,000 orang dan turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman serta Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-