Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Tuesday, May 10, 2016

379 mangsa di 3 pusat pemindahan

Gambar hiasan
SHAH ALAM - Seramai 379 mangsa banjir dan ribut melibatkan 92 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan di Selangor malam ini.

Jurucakap Bomba Selangor berkata, seramai 15 mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Perepat, Kapar; 323 mangsa di Dewan Orang Ramai Taman Sri Gemilang, Sepang; dan 41 mangsa di Dewan Orang Ramai Dengkil, Sepang.

"Mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Perepat, Kapar berikutan kejadian ribut yang melanda kawasan mereka," katanya ketika dihubungi.

Tinjauan Bernama di sekitar Shah Alam mendapati sebahagian bandaraya Shah Alam dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat petang ini termasuk di laluan Persiaran Kayangan berdekatan hotel Concorde dan Pusat Akuatik Darul Ehsan.

Majlis Bandaraya Shah Alam dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima tiga aduan berkaitan kejadian pokok tumbang di Seksyen 3, 9 dan 13 di Shah Alam akibat hujan lebat.

Kejadian banjir di Shah Alam yang bermula sekitar 5.20 petang bagaimanapun surut 40 minit kemudian. - Bernama