Sunday, May 29, 2016

Akta 355 baru baca sudah bising, ada keras ada halus

USTAZ IDRIS AHMAD
29 Mei 2016.


Akta 355 baru baca sudah bising. Ada yang ugut, ada yang kata bertentangan dengan Perlembagaan, ada yang kata akan berlaku krisis Perlembagaan.

Ada yang kata akan gugat keharmonian kaum. Ada yang kata kenapa tidak bincang dengan pembangkang. Ada yang kata ini modal PAS di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Ada yang kata PAS jual agama. Ada yang kata PAS kena kencing dengan Umno. Ada yang kata ini taktik untuk PAS bantu Umno terus berkuasa.

Ada yang kata kenapa tidak bincang dengan orang bukan Islam. Ada yang kata ini tidak menepati maqasid syariah. Macam-macam lagi alasan mereka yang menentang.

Ada yang keras, ada yang halus. Semuanya matlamatnya tidak setuju.

Padahal perkara yang dibawa tidak menyentuh hak agama lain. Ini hanya memperkukuhkan bidang kuasa Mahkamah Syariah sahaja. Itu sahaja.

Saya tertanya-tanya adakah mereka yang menentang ini, jika diandaikan Mahkamah Syariah tidak ada lagi di dalam Perlembagaan sejak dahulu, dan baru sahaja hendak diluluskan penubuhannya sekarang, adakah puak-puak ini akan bersetuju untuk menubuhkan Mahkamah Syariah?

Tepuk dada tanya Iman. 

- HARAKAHDAILY 29/5/2016

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-