Thursday, May 5, 2016

DAP akhirnya serang calon PKR, diberi amaran

FMT Reporters | May 5, 2016

DAP sepatutnya membawa politik nilai dalam kempennya, bukan menghasut dan menyerang parti kawan.
KUCHING: PKR beri amaran kepada DAP yang melancarkan serangan terhadap calon parti kawan, Voon Shiak Ni di kerusi Batu Kitang yang direbut kedua parti dalam pilihan raya negeri kali ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengarahkan DAP supaya menghentikan permainan menghasut dan menyerang calon parti kawan, dan berkata, “Pada saya kita perlu membawa politik berteraskan nilai.”

“Biar rakyat yang tentukan hujung minggu ini (7 Mei),” katanya.

Beliau menjawab komen wakil rakyat DAP Tanjong, Ng Wei Aik di Facebook yang menuduh Shiak Ni sebagai oportunis.

Mempertahankan rakan seperjuangannya, Fahmi berkata “Beliau mempunyai rekod prestasi yang terbukti sebagai seorang aktivis, peguam dan arif dengan isu-isu setempat di Batu Kitang.”

Di satu sidang media, Fahmi berkongsi penemuan tinjauan baru-baru ini yang menunjukkan PKR mempunyai 33% peluang untuk menang di Batu Kitang, berbanding DAP (33%) dan PBB (35%).

“Tinjauan dijalankan daripada 27 April ke 1 Mei, iaitu baru-baru ini.

“Tinjauan ini menunjukkan hasil yang berbeza daripada tinjauan awal tahun ini oleh Merdeka Centre yang menunjukkan DAP menjadi pilihan pengundi,” dakwanya.

Menurut Fahmi, penemuan tinjauan ini dihantar kepadanya semalam namun beliau tidak berkongsi butiran tinjauan itu atau identiti penyelidiknya.

“Kami percaya ia asli,” kata Fahmi.

Batu Kitang merupakan kerusi baharu yang dicipta daripada DUN Kota Sentosa dan Batu Kawah yang dimenangi DAP dalam pilihan raya lepas.

Ia merupakan satu daripada lima kerusi yang menyaksikan pertembungan lima penjuru.

Abdul Aziz Isa dicalonkan DAP di Batu Kitang pada saat-saat akhir selepas parti itu mendakwa PKR melanggar perjanjian pengagihan kerusi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-