Friday, May 20, 2016

Guan Eng minta Hadi jelaskan laporan kata-kata kesat daripada PAS

 Send by Email
George Town – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menggesa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya membuat pengesahan mengenai laporan kata-kata kesat yang dikeluarkan PAS terhadap DAP.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata Abdul Hadi perlu membuat pengesahan untuk membersihkan namanya jika perkara itu tidak benar seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

“Sekiranya perkara itu benar, ia dilihat tidak adil bukan sahaja terhadap DAP malah kepada orang bukan Islam.

“Saya amat terkejut dengan tindakan Abdul Hadi yang dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat ke atas DAP secara khususnya kepada orang bukan Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lim turut mengesyorkan Abdul Hadi mengambil tindakan terhadap akhbar berkenaan bagi membersihkan namanya.

Dalam laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini, Abdul Hadi dilapor mengarahkan ketiga-tiga exco di Selangor supaya tidak meletak jawatan dan bersedia untuk dipecat daripada kerajaan Selangor.

Dalam mesyuarat yang diadakan di kediaman Abdul Hadi di Rusila, Terengganu itu, Abdul Hadi dilapor berkata PAS ‘lebih rela menjadi tunggangan lembu UMNO daripada tunggangan babi DAP’ (the party would rather herd the cows of UMNO than herd the pigs of DAP). – Bernama

Read more http://www.kualalumpurpost.net/guan-eng-minta-hadi-jelaskan-laporan-kata-kata-kesat-daripada-pas/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-